top of page

KEBUN KOKO KAMPUNG KETIMBONG

Sekitar Kebun Koko


Penduduk di kampung ketimbong menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Selain menanam padi, masyarakat di kampung ini juga turut menanam koko di kebun secara kecil- kecilan. Penanaman koko mula diusahakan oleh penduduk kampung ketimbong pada tahun 2016 dan dianggarkan secara keseluruhannya luas kebun koko di kampung ini sekitar 30 ekar. Penduduk akan menjual biji koko kepada lembaga koko dan dibayar mengikut berapa kilo koko yang mereka jual. Harga yang ditawarkan oleh pihak lembaga koko kepada mereka ialah, tujuh hingga lapan ringgit untuk sekilo biji koko yang sudah dikeringkan. Selalunya, penduduk akan menjual biji koko sebanyak tiga hingga empat guni, anggaran berat untuk seguni ialah lima puluh kilo. Mereka akan dibayar melalui akaun bank mereka seminggu selepas koko diambil oleh pihak kilang.


Biji Koko

Biji koko akan melalui tiga fasa proses terlebih dahulu sebelum dijual iaitu proses pengasingan, proses fermentasi dan proses pengeringan. proses pertama merupakan pengasingan biji dan isi koko diikuti dengan proses fermentasi yang dilakukan selama seminggu setelah itu, barulah proses penjemuran biji koko dilakukan. Apabila proses pengeringan selesai, biji koko yang telah kering akan dipisahkan daripada serpihannya sebelum dikumpul dan diletakkan di satu bekas. Menurut penduduk kampung proses pengeringan biji koko bergantung dengan cuaca, sekiranya musim panas pengeringan biji koko hanya mengambil masa dua ke tiga hari sahaja. manakala, jika cuaca tak menentu proses pengeringan biji koko memakan masa sehingga seminggu.

Bakul Anyaman


Fungsi anyaman merupakan sebahagian penting dalam aktiviti pertanian. Misalnya menjemur bijian. Selain itu, ianya dihasilkan dengan menggunakan buluh ataupun rotan. Namun kini, kebanyakanya dihasilkan menggunakan tali yg diproses. Tikar anyaman yang dibuat oleh penduduk kampung kebanyakkannya dihasilkan untuk kegunaan sendiri tetapi ada juga sesetengah dijual kepada pelancong.






Comments


PENASIHAT : 

ENCIK ANUAR BIN AYOB

PENGARAH : 

WIJDAN BIN MOHD RADZI

SETIAUSAHA :

SUZIENYIE APAT

LAMAN SESAWANG :

NUR NATASHYA ATIKAH BINTI NORISAM

NUR ZAIDAH BINTI JOHARI

STILLER PHARAOH

JERRYME AZWAN GOH

INSTAGRAM DAN FACEBOOK : 

NUR BALQIS BINTI ISMAIL

SITI KAZWANI BINTI MAHALIL

AINI SUHAILA BINTI KHALID

NUR IZZATI BINTI ROMZI

FOTOGRAFI :

AHMAD SYAFIIE BIN HASBI

DESMOND JELUWIE ANAK UNTIL

VIDEOGRAFI :

ASHRAF BIN ANTIGAU

MUHAMMAD KHAIRIL AKHMAL BIN MOHAMAD HAMDAN

GAMBAR :

MUHAMMAD FARIS AMINUDDIN BIN ZULNAIZRE

PUTERA SYED ALFIQREY BIN MAHAD

MOSES BARRINCE MASUIL

NANSRI ANAK CLEMENT

INFORMASI DAN DATA :

JENIFER ENSIRING ANAK DAVID

NORAZZNE AZZANIE BINTI AZMAN

Hakcipta Terpelihara @ ETNOVISUAL20-21FSGKUNIMAS

Februari 2021

bottom of page