top of page

AKI JUTI


Lumbong Aki Juti

Dalam gambar diatas menunjukkan Kam Anak Sunggi berdiri disebelah Lumbong Aki Juti yang diperbuat daripada kayu teras (kayu terbelian) dan masih kukuh sehingga kini. Kayu Teras (kayu terbelian) memang digunapakai oleh masyarakat Iban sejak turun temurun. Ini disebabkan oleh faktor kayu teras (kayu terbelian) ini tidak mudah reput dan dimakan oleh serangga seperti anai-anai.

Aki Juti dianggap sebagai seorang berhantu(misteri). Hanya dua orang adik beradik dimana seorang lagi dikenali sebagai Aki Manggai yang menetap di menua Tuba. Pada awalnya, Aki Juti membawa orang orang untuk berpindah ke Ketimbong. Malang sekali, semasa dalam perjalanan berpindah, perahu yang mereka naik telah karam. Semasa kejadian perahu karam, mereka banyak kehilangan banyak barang. Ini menyebabkan setengah pengikut Aki Juti membatalkan hasrat untuk berpindah bersama. Aki Juti ini memang aktif dalam pengembara. Waktu dulu mereka hanya berlayar menggunakan perahu kerana belum ada kemudahan enjin lagi. Pada suatu ketika dahulu, Aki Juti belayar ke Kuching, sebelum sampai ke Kuching, Aki Juti sempat singgah di Kuala Tebas lalu bermalam di situ untuk sementara. Di situ mereka menjumpai sebuah rumah melayu yang usang dan buruk. Mereka lalu naik ke rumah tersebut lalu minta air untuk diminum. Semasa masuk ke rumah tersebut, Aki Juti ternampak sebuah batu yang menyerupai seekor gajah. Lalu Aki Juti terus bertanya kepada orang melayu tersebut untuk menanya harga batu gajah tersebut. Orang melayu tersebut enggan menjual batu gajah tersebut dengan mata duit hanya mau ditukar dengan beberapa sepasu padi (beberapa gantang padi). Mereka pun setuju lalu Batu Gajah tersebut di bawa oleh Aki Juti. Batu Gajah tersebut mempunyai ketinggian dalam 3 kaki. Keesokkan hari, Aki Juti lalu meneruskan perjalanan ke Kuching. Semasa balik dari Kuching, Aki Juti pun menunaikan janji dia dengan orang melayu tersebut dengan membawa beberapa pasu padi (beberapa gantang padi). Semasa tiba di tempat tersebut, dia mendapati rumah dan orang melayu tersebut sudah hilang sampai ke hari ini. Batu Gajah tersebut amat berhantu(mesteri) kerana batu gajah tersebut menjadi tempat untuk orang berniat. Orang selalu berniat untuk mendapatkan anak(lelaki atau perempuan baby) pada batu gajah tersebut. Batu Gajah tersebut dipercayai tidak boleh diambil gambar. Sebelum meninggal dunia, Aki Juti memberitahu waris agar beliau tidak dikuburkan dalam tanah. Beliau menganggap diri sebagai manang atau Petara (Tuhan) bersama bungsu Ketupong. Malah Aki Juti juga memberitahu agar tidak menguburkan dia berdekatkan kubur isteri dia. Aki Juti juga tidak mempunyai anak dan hanya menjaga anak saudara sahaja.

Lumbong Aki Juti


Gambar diatas menunjukkan Lumbong Aki Juti secara lebih dekat. Lumbong Aki Juti menjadi tempat untuk orang ramai atau orang luar untuk "berniat" (meminta sesuatu). Kelihatan juga tin-tin minuman yang ditinggalkan di situ sebagai balasan terima kasih kepada Aki Juti sebab sudah menolong orang.




Comments


bottom of page