top of page

ARTIFAK PENINGGALAN MASYARAKAT IBAN 1.0

Lokasi : Rumah Ungga Kampung Senimbung, Sebuyau.

Tanduk Rusa

i. ‘Tanduk Rusa’ - digunakan semasa aktiviti seperti menanam sawah padi untuk mendapat hasil yang lumayan atau erti jaku iban (mayuh bulih padi)

Benda Gucci (Tajau Lama)

ii. ‘Benda Guci’ (Tajau Lama) - dijadikan sebagai ‘penchelap rumah’ bagi menghindari daripada penyakit ataupun malapetaka.

Benda Gucci Asal (Tajau Asal)

iii. ‘Benda Gucci Asal’ (tajau Asal) - ditemukan semasa menangguk ikan (mansai) -aktiviti menangguk Iban dilakukan secara beramai-ramai dan kisahnya, semasa aktiviti ini dilakukan penduduk kampung tergempar dengan kedatangan beberapa ekor ikan yang besar. Salah seorang dari penduduk tersebut (makcik) dengan rasa gembira menangguk ikan besar tersebut tetapi disebaliknya ikan itu telah bertukar menjadi tajau lama. Kesinambungan itu, semasa makcik tersebut tidur di waktu malam, dia telah didatangi oleh ‘Petara’ dalam mimpi memberitahu bahawa kegunaan tajau tersebut adalah dijadikan sebagai penawar kepada penyakit.


iv. ‘Batu Padi/Batu Paung’ - digunakan untuk memudahkan penanaman dan semaian padi

v. ‘Empurung Nadai Bermata’ (dianggarkan berumur 60-70 tahun) - bertujuan untuk melindungi tuan(pemilik) daripada benda berbahaya seperti penyakit, kekacauan, mimpi ngeri, santau.(tetapi semakin lama semakin mereput)

vi. ‘Pinggai Entanduk’ - jarang didapati (mengikut nasib individu) - dikenali sebagai pinggan pusaka untuk upacara ritual seperti adat Iban iaitu miring.

vii. ‘Batu Padi/Batu Kui’ - bertujuan untuk mengelakkan penyakit serta mendapatkan hasil lumayan. Menurut alkesah, semasa seorang pekebun sedang mencabut anak padi, beliau terdengar suara tangisan daripada dalam tanah. Pekebun tersebut mengali dan ternampak barang kecil yang berbentuk anjing. Si pekebun mengambil barangan tersebut dan serta merta barangan tersebut berhenti menangis.






Komentáře


PENASIHAT : 

ENCIK ANUAR BIN AYOB

PENGARAH : 

WIJDAN BIN MOHD RADZI

SETIAUSAHA :

SUZIENYIE APAT

LAMAN SESAWANG :

NUR NATASHYA ATIKAH BINTI NORISAM

NUR ZAIDAH BINTI JOHARI

STILLER PHARAOH

JERRYME AZWAN GOH

INSTAGRAM DAN FACEBOOK : 

NUR BALQIS BINTI ISMAIL

SITI KAZWANI BINTI MAHALIL

AINI SUHAILA BINTI KHALID

NUR IZZATI BINTI ROMZI

FOTOGRAFI :

AHMAD SYAFIIE BIN HASBI

DESMOND JELUWIE ANAK UNTIL

VIDEOGRAFI :

ASHRAF BIN ANTIGAU

MUHAMMAD KHAIRIL AKHMAL BIN MOHAMAD HAMDAN

GAMBAR :

MUHAMMAD FARIS AMINUDDIN BIN ZULNAIZRE

PUTERA SYED ALFIQREY BIN MAHAD

MOSES BARRINCE MASUIL

NANSRI ANAK CLEMENT

INFORMASI DAN DATA :

JENIFER ENSIRING ANAK DAVID

NORAZZNE AZZANIE BINTI AZMAN

Hakcipta Terpelihara @ ETNOVISUAL20-21FSGKUNIMAS

Februari 2021

bottom of page